Kamar Istimewa

Saturday, 11 May 2013

Aku kasihkan dia.

Assalamulaikum
Aku sedih

###############################################

Bagi aku kejayaan itu tidak membawa erti jika ianya cuma manisan peribadi. Aku malu.
Dia sahabat aku. Namun aku bagaikan tiada sumbangan kepadanya.

Allah memberi banyak ujian kepadanya, bagiku cukup besar.

Di sebuah sudut, kelihatan seorang Nisa' bertelekung. Putih. Suci

Namun di segenap penjuru hatinya, dia menangis. Aku benar-benar kaget.

"Kenapa ni weh."

Dalam sedu sedan dia menyembunyikan sejuta perasaan hibanya. Cuba senyum. Namun mata tidak mampu menipu.

Rupa-rupanya dia diuji dengan guru yang mengatakan bahawa beliau tidak akan menanda kertas jawapan yang dihantar selepas sudah selesai dikutip.

Benar. Ada benarnya.
Tetapi, hakikatnya toleransi diperlukan untuk kes ini. Kes yang aneh.

Peperiksaan ini dilaksanakan di dewan, guru-guru sudah mengutip kertas jawapan para pelajar namun yang anehnya, cuma pelajar ini sahaja yang terkecuali. Tiada siapa perasan. Termasuk dirinya.

Ini bukan kisah dongeng

Dia mula sedar setelah kembali semula ke dalam dewan dan terlihat kertas jawapan yang masih berada di atas mejanya.
Tiada siapa sedar. Tatkala ini peperiksaan hanya cubaan. Trial. Namun sangat penting bagi pelajar yang inginkan laluan pantas ke pengajian tinggi.

Berkat  kesabarannya, akhirnya guru tersebut menerima kertas jawapan tersebut dan memaafkan kecuaiannya. Atas dasar kepercayaan juga.

Aku berasa sangat teruk. Aku tak mampu membela sahabatku sendiri. Ya Allah..


Ujian demi ujian menimpa


Sehinggalah suatu hari. Dia amat letih barangkali. Letih memikirkan amanat yang dipikulnya, ditambah pula jawatan yang banyak di sekolah. Letih sehinggakan hampir pitam. Aku kelu. Namun semangat untuk menimba ilmu sangat kukuh di hatinya. Namun setelah dinasihati ketua warden, aku dan beberapa rakan menemaninya ke Bilik Pesakit . Setelah itu, hanya aku dan dia di dalam bilik yang serba sunyi . Cuma kalimah suci yang mampu memadam kegusaran di hati.

Ya Allah, bantulah sahabatku.

###################################################

Baginya SPM bukanlah segalanya. Namun usahanya adalah kerana ummah. Kerana tidak mahu menghampakan kedua ibu bapanya yang banyak berkorban untuknya. Kami selalu menghabiskan masa bersama dalam keadaan yang aman damai ketika penghuni-penghuni blok sedang diulit mimpi. Aku suka bersengkang mata dengannya sehingga 4 pagi. Bagi aku ini merupakan nikmat. Nikmat makan dan minum kaffein untuk menghilangkan ngantuk. Aku suka

Nikmat berada bersama-sama di bawah pohon yang rimbun di padang sambil mengulangkaji ketika pelajar lain sibuk belajar di kelas persediaan (PREP). Untungnya aku, diberi kesempatan bersama jiwa yang bersih.

Bagi aku dia seorang yang bijak. Aku suka dia. Bijak dalam pelbagai sudut. Bukan hanya dalam akademik semata.

Namun, kadangkala hatinya terngadah pada keputusan yang diterimanya. Dia benar-benar merasakan bukan anak yang baik. Tidak dapat mengotakan aksara kata terhadap bapanya.

Aku kasihan. Aku yakin, ujian ini yang mampu menguatkan otot hatinya bagi menghadapi serangan tomoi nafsu. Aku yakin, Allah menyimpan permata yang lebih berharga untuknya.

Semoga Allah redha akan persahabatan kita. Aku sentiasa bersamamu. Jumpa di syurga.

Inshaa Allah

Sayang Allah. Ukhwah fillah abadan abada ya sahabat.







Intention vs Attention



Assalamualaikum

Teringat aku akan sebuah teka-teki yang diajukan oleh seorang sahabat kepada beberapa calon Badan Wakil Pelajar ketika manifesto mereka. Saudara tersebut menduga.
Siapa yang rasa dirinya ikhlas (untuk menyandang jawatan ini) sila bergerak selangkah ke hadapan, dan siapa tidak, selangkah ke belakang. 
Aku cuma memerhati dari sebuah sudut genit. Hairan. Jika aku di posisi mereka apa yang harus aku lakukan.

Aku lihat beberapa calon mula melangkah ke hadapan. Bersama-sama. Genius. Langkah yang selamat. Benar atau salah biar bersama-sama.

Lalu Saudara yang bertanya itu mula berbicara. Intonasinya hambar.
 Ikhlas ialah sesuatu yang hanya Allah sahaja yang tahu.
Padat. Padu. Lemak berkrim kata-katanya.

Sarat dengan pengajaran. Apa-apa pun moga Allah redha terhadap mereka yang telah berjaya memikul amanah & menjalankan tugas di sekolah.





Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafiq yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal.)
(HR Baihaqi)

Keterangan: Maksud dari munafiq di sini ialah orang fasiq yang riya'.


Sungguh,aku takut.

############################


Hazrat Anas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda ,
"Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik."
(HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)


Nabi S.A.W juga pernah menegaskan bahawa syirik (riak) adalah lebih halus daripada derapan semut. Lalu baginda mengajarkan doa yang bermaksud

" Ya Allah! kami berlindung dari syirik yang kami ketahui, dan kami pohon keampunan terhadap syirik yang tidak kami ketahui "
Amin..Moga Allah redha

Doakan aku jua supaya dapat perbetulkan niat dalam apa jua kondisi. Doa itu murah. Semoga Allah sayang.



Peristiwa Julai #Ibrah

Assalamualaikum
Sebelum itu izinkan saya untuk membahasakan diri sebagai 'aku'

#########################################

#2010


Kejadian Julai lalu persis ancaman dan teguran buatku. Aku bernasib baik kerana tercampak di dalam lingkaran sosial yang begitu membina.

Aku seorang gadis yang menduduki Peperiksaan penting pada September 2010. Aku dibesarkan di Johor selama 1 dekad 4 tahun dan kemudiannya berpindah ke sini, negeri Darul Ehsan.

Pada usia 13 tahun, aku sering menjadi sebutan para guru atas dasar penilaian terhadap akademik. Mereka tidak tahu. Dalamanku sebenarnya luluh. Hancur. Asas paksi tidak mampu mengawal aku untuk menangkis kekangan yang kerap menduga.

Akhirnya aku tewas. 
Jarak sejauh 60 km dengan orang tua merupakan kebebasan yang abadi buatku. Ketika itu. 

Rakan-rakan sekelas bersaing untuk bertakhta dalam sanubari jantina berlainan. Lama-kelamaan aku terpengaruh. Dan mempengaruhi. Pada mulanya aku berjaya , berjaya dan terus berjaya. Berjaya mengisi atma jejaka yang sama kelas denganku namun pada tahun berikutnya berbeza kelas, kemudian seorang senior yang berpengaruh di sekolah serta beberapa lagi tetapi yang bukan secara rasmi.

Walaupun pada hakikatnya Aku dan dia, serta dia tidak berkesempatan untuk ber'dating', aku masih terjebak. Hanyut dalam kancah SMS dan laman sosial.

Namun sehinggalah aku ditegur oleh Allah melalui sahabat yang tidaklah begitu rapat tetapi sehingga kini aku masih mengingatinya, aku terhantuk seketika.

Jendela hatiku diketuk.

Tidak cukup sekadar itu, Aku ditegur lagi melalui ujian yang cukup memberi ibrah terhadapku.

Itulah Peristiwa Julai 2010

Diriku masih terasa bahang api yang menjilati tubuhku. Cuma aku bersyukur kerana hanya sebelah tanganku yang 'hangus' pada ketika itu.

Walaupun parut jelas kelihatan, dan cukup sebagai amaran terhadapku, hati ini berasa sangat bersyukur kerana masih ada rasa sayangNya terhadapku

Dia Maha Penyayang

Aku tahu Allah menegurku. Aku tidak mahu ulangi lagi. Derita jiwa tatkala masyarakat memandang aneh ke arah tanganku.

Namun, aku tidak peduli. Aku lebih pedulikan api di neraka kelak.
Jika tidak di dunia, akhirat sudah pasti.


Alhamdulillah, kini sudah pulih.
Semoga Allah merahmati keluargaku, sahabat, guru serta paling tidak dilupakan doktor-doktor yang telah merawatku selama setahun setengah tanpa jemu.


Sahabat, doakan aku dalam melayari bahtera yang sarat dengan tampalan ini.
Doa itu murah. Percuma. Moga Allah sayang kalian. 

Hamba Illahi







Friday, 10 May 2013

Warkah harapan

Assalamualaikum

#######################################

#2012

Ahad. Hari lawatan keluarga. Hari ini, kami bercadang untuk ke sebuah kompleks beli-belah di Ayer Keroh. Tatkala dalam perjalanan ke bilik gerakan warden untuk meminta kebenaran, aku terserempak dengan seorang Rijal lingkungan 40-an, kurus, tinggi sedang berdiri di sisi motosikal uzurnya. Menunggu seseorang.

Setelah selesai berurusan di bilik warden, aku terus menuju ke kereta yang diparkir ayah, di hadapan surau yang indah bercat hijau daun. Kami sudah bersedia untuk ke destinasi ketika kami terdengar pintu kereta diketuk beberapa kali.

Kulihat lelaki itu. Wajahnya masih tersisa air wuduk yang baru diambil . Ayah segera membuka jendela.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam, ya?" ayahku menjawab

"Tu ha, pintu sebelah sana tak tutup rapat" (sambil tersenyum)

Adikku merapatkan pintu tersebut

"Oh,terima kasih banyak bang, Assalamualaikum!" ujar ayahku kepada lelaki tersebut. Senyuman tidak lekang daripada bibir lelaki tersebut.

#######################################

 Sebenarnya aku kenal lelaki itu Sangat mengenali. 

Lelaki itu, membuat aku sedar. Seorang yang tegas, lantang dalam bersuara..
Lelaki itu, seorang yang sangat bersederhana.

Beliau pernah tersalah ambil gambarku walhal gambar tersebut patut berwarnakan wajah suci anaknya.
Hm.Anaknya. Seorang yang kukagumi. dan pernah aku minati.

Kali terakhir aku terserempak dengan lelaki itu ialah pada hari anugerah SPM baru-baru ini. Lokasi yang sama. Cuma latitud yang berbeza. Di hadapan Surau hijau tersebut.
Aku keliru. Dia tersenyum tatkala aku memandangnya. Aku juga senyum, dalam hati. 
Itulah saat indah terakhir. 
 Aku akan ingat. Sehingga aku berjumpa lagi .

Menunggu dan terus menunggu. Namun tidak mengharap.


 


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"
                                                  Surah An Nur : 26



Aku belum cukup baik.


Tuesday, 7 May 2013

Amazing Of Quran #Mustread!


Sumber : http://visual.ly/amazing-quran

Mimpi Malik B. Dinar #kisah pengajaran

Assalamualaikum
Lai lai kita pekena teh dulu



Dah boleh start cerita eh?

Malam 4 Mei 2013, aku sudah siap siaga mengemas beg pakaian kerana keesokannya aku akan bertolak ke negeri kelahiranku, menemani ibuku mengundi.

Saat itu. Aku tidak dapat melelapkan mata. Berbekalkan sinar pendaflour, aku menyelak halaman buku "Syurga Merinduimu". Satu persatu.

Aku sedar. Kian hari, kian bergelumang dan leka aku di sini. Di tempat yang sementara ini. Kelak, pasti aku akan pergi. Tidur yang lama. Nyenyak. Tersenyum.

Itu pun jika aku memperbanyak amal di dunia.

Air mata bercucuran bersama titik titik dosa. Dosa yang terlalu menggunung. Ibarat buih di lautan, pasir di tepian pantai.Aku terpalit bersama kisah ini..Kisah yang sangat terkesan di hati.Inshaa Allah


###############################



Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya. Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.”

“Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku.

Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Ia telah pun membuka mulutnya dan mengejarku. Aku berlari-lari di hadapannya tergesa-gesa. Dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya serta berbau wangi.

Maka aku pun memberi salam kepadanya. Dia menjawab salam kepadaku. Aku pun berkata: “Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku dari ular ini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.” Lelaki itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah dan ianya (ular) pula lebih kuat dariku. Berlarilah dengan segera. Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu darinya.”

Lalu, aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjung daripada anjung-anjung hari kiamat itu. Lalu aku pun melalui di tepi beberapa tingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkan pergelutanku itu. Maka satu suara menjerit: “Berundurlah kamu! Kamu bukan daripada ahlinya.” Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku pun berundur. Ular itu juga kembali mengejarku. Maka aku pun kembali semula kepada orang tua itu dan aku berkata:

“Wahai orang tua! Aku sudah pun memintamu supaya menyelamatkanku dari ular itu, tapi kamu tidak melakukannya.”

 Lalu orang tua itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah. Tetapi, kamu berlarilah kepada bukit itu. Di sana terdapat tinggalan orang-orang Islam. Jikalau kamu ada tinggalan di sana, ianya dapat membantumu.” 

Aku pun melihat ke arah sebuah bukit yang dikelilingi oleh perak. Padanya terdapat lubang dindingnya yang menembusi di belakangnya, terdapat dua daun pintu diperbuat dari emas merah, diselangi dengan batu delima dan diliputi oleh permata. Pada setiap daun pintu terdapat tirai dari sutera. Setelah mana aku melihat ke arah bukit itu, aku pun berlari-lari ke arahnya dan ular itu masih di belakangku.

Sehinggalah aku mendekatinya, beberapa malaikat A.S menjerit: “Angkatlah tirai, bukalah daun pintu dan perhatikanlah!, moga-moga terdapat simpanan buat orang putus asa ini dalam kalanganmu semua yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu.” Setelah mana dibuka daun-daun pintu itu dan mereka memerhatikanku, aku dapati ramai kanak-kanak seumpama bulan-bulan. Ular itu pun mendekatiku dan aku tercengang. Beberapa orang dari kanak-kanak itu menjerit: “Dengarlah kamu semua! Kesemua kamu perhatikannya! Musuhnya telah pun menghampirinya.” Mereka itu pun datang memerhatikan sekumpulan demi sekumpulan. Tiba-tiba anak perempuanku memerhatikan aku, menangis dan berkata:

“Demi Allah ini adalah ayahku!” 

Lalu dia pun melompat kepadaku dalam satu bekas diperbuat dari cahaya jalan seperti anak panah sehinggalah dia berada di sisiku. Dia pun menghulurkan tangan kirinya ke arah tangan kiriku. Maka aku pun berpaut kepadanya. Dia juga menghulurkan tangan kanannya ke arah ular itu sehinggalah ia melarikan diri. Kemudiannya, anakku itu meletakkan aku dan dia duduk dalam pangkuanku. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas janggutku sambil berkata:

Wahai ayahku!
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah?”(Surah Al-Hadid: 16).

Lalu aku pun menangis dan berkata: “Wahai anakku! Kamu semua tahu tentang Al-Quran?”
Maka dia pun berkata: “Wahai ayahku! Kami semua lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu semua.” Aku berkata: “Beritahulah kepadaku tentang si ular yang hendak membinasakanku itu.”
Si anak itu menjawab: “Itulah amalan burukmu yang telah engkau menguatkannya. Ianya hendak menghumbankanmu ke dalam neraka Jahannam.” Aku bertanya: “Lelaki tua yang aku berjumpa dengannya itu?” Dia menjawab: “Itulah amalan solehmu yang engkau telah melemahkannya sehingga ianya tidak lagi mampu mengalahkan amalanmu yang buruk itu.”

Maka aku pun berkata: “Wahai anakku, apakah yang kamu semua lakukan di bukit ini?” Dia menjawab: “Kanak-kanak orang Islam telah tinggal di dalamnya sehinggalah ke hari kiamat. Kami pula menantikan kamu semua datang kepada kami, maka kami dapat membantu kamu semua.” Malik bin Dinar pun berkata: “Maka aku pun terjaga dalam keadaan takut dan gementar. Maka aku pun memecahkan kesemua alat-alat yang digunakan dalam menentang Allah. Aku juga telah meninggalkan kesemua itu. Aku jua telah mengikatkan taubatku dengan Allah Taala, iaitu Taubat Nasuha. Maka Allah pun menerima taubatku itu.”

Jangan Bersedih. Masih belum terlambat

Doakan saya :) Doa itu murah. tak perlu bayar. Terima kasih.

Bukan aliran tahfiz tetapi seorang hafiz?(Penghafaz Al-Quran) #Tips

Assalamualaikum. Ini salah satu cebisan kisahku di Kem PLKN

#############################


Pagi itu di kelas CB (character Building ) ....
"Baiklah, wira wirawati sila ke halaman 27"

Aku termenung menilik muka surat tersebut. Tertulis "Matlamat Impian ku" di sudutnya.

"Dalam masa 1 minit sila isi apakah matlamat anda."

Ringkas. Padu. 

Aku mula mencatat.Salah satu daripada matlamat agung ialah :

Hafaz satu kitab Al-Quran sebelum 2016

 Terhenti sejenak. Mampukah aku?

##########################

Ini terdapat sebuah kisah. Kisah yang indah. Yang larut dalam sel sel darah tanpa perlu sebarang mekanisme. Kerana ia sebuah impian. Tanpa disedari , butir manik bergaram jatuh bercucuran.

#########################

Ahmad. Hamba Allah.
Dalam kesibukan belajar jurusan kejuruteraan, beliau sudah menjadi seorang Hafiz.
 Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.


Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu

Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi.Kadangkala semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut


Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.


Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.


Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan

Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud.Kadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.(OH SENTAP!)

Natijahnya

Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.


Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.


Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.


#############################

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:


Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana
1 ) Telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.


2 ) Hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.



One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…
“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)


Diadaptasi daripada sumber:  http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html





Semoga Al-Quran terpahat di hati
 
Tolong doakan saya, sahabat :)

Monday, 6 May 2013

Rahsia ini~ Kisah BENAR

Feb 2009


Pagi ini merupakan satu lagi hari yang seperti kebiasaannya aku lalui. Solat Subuh.Sarapan.Roll call. Kelas. Belajar...dan..
rutin terbaru iaitu berbalas surat bersama seorang pelajar di kelas 4.(Aku pun tidak berapa ingat samada kelas 3,4,atau 5) hihi
Ini bukan cinta, bahkan bukan cinta monyet. Mungkin cinta beruk. Kami tidak bercinta. Jauh sekali suka. Cuma yang aku pasti, aku ingin mencuba. Apakah rasanya jika mempunyai pasangan.

Ini bukan reka. Ini kisah benar.

Aku dan dia saling menetapkan masa untuk berjumpa. Namun sayang seribu kali sayang. Perjanjian untuk bertemu di bilik CHESS di hujung blok pasti ada penghalang.

Aku seorang pemalu. Dia beribu kali ganda malu daripada aku.
Mungkin.

Aku masih ingat, rakan sekelasku yang mungkin menjadi MAT DESPATCH buat cinta kami, membentak. Meluahkan isi hati yang terbuku selama ini

"Aku dah tak nak jadi orang tengah untuk benda BODOH ni! "

 Rasakan.
Mendalam
Mengguris
Tetapi aku tidak ambil hati
Cuma terfikir sejenak...

####################################

Sebulan berlalu, dalam surat terakhir yang dinukilkannya menimbulkan prasangka dalam diriku. Sangkaanku, dia sudah mahu memutuskan hubungan (walaupun hakikatnya tiada langsung ikatan yang sah) , jadi aku dengan rela hati meskipun hati ini remuk, berbekalkan nasihat rakan sekelasku, meminta putus daripadanya.

Cinta Si Stalker dan Hacker terhenti
Rinduku terhenti.



####################################

Jun 2009


Aku sudah berpindah ke negeri lain, sekolah lain.

Namun tidak lama selepas itu, aku terpaksa kembali ke sekolah lama untuk mengambil dokumen penting dari pejabat.

Aku ambil kesempatan untuk bertemu rakan sekelasku juga

Dalam perjalanan ke kelas, aku terserempak dengan seorang senior.

Popular
Famous
sebab kenakalannya dalam mengetuai kumpulan "gangster" di sekolah.

 Aku bukanlah seorang yang suka ambil tahu tentang senior. Namun aku pernah terlihatnya di laman sosial
Friendster (haha)

Bermulalah janji-janji cinton Laman Sosial yang sudah disalahguna

Dia meminta nombor telefon bimbitku.Namun aku enggan. Aku tidak memberikannya.

Walakin begitu, malam tersebut rakan sekelasnya yang juga jiran dorm aku, meminta izin untuk memberi nombor telefonku kepadanya.

Aku sememangnya berakal pendek. 9 nafsu

Aku membenarkan dengan niat aku juga ingin mendapat pengalaman mempunyai pasangan berlainan umur. Dia tua 2 tahun daripadaku

#####################

Sebelum itu, tujuan aku mendedahkan rahsia ini bukan untuk hiburan
Semoga Allah lindungi aku daripada kejahilan berterusan
Aku ingin kalian sedar
Perasaan seorang aku
Aku sedar menceritakan ini mungkin menimbulkan spekulasi sesetengah pihak
Tetapi inginku pertahankan juga
Aku tidak pernah ber"dating"
dan aku sudah berhenti daripada semua ini

Jadi apa tujuanku menulis
pasti akan ditanya kelak
Kerana aku ingin kalian menjauhi
Muqaddimah Musta'mal
dan menangkis perasaan ingin tahu
kepada perkara yang dihiasi syaitan

######################

5 bulan kami berhubung dan aku sememangnya sudah mendapat tahu dia seorang buaya
Apalah bezanya dengan aku
Tahun itu sahaja, dia sudah berganti pasangan sebanyak 13 kali (ataupun 17 aku x ingat)
dan aku paling lama dalam tahun itu
Juara bertahan selama  5 bulan

Aku di sini
dan dia di sana

300 km perjalanan

Dia pernah menghadiahi aku sehelai tudung hitam melalui POS

Namun tudung itu sudah hangus ketika iron
seperti mengerti kisah kami yang sudah hangus tidak ber'abu'

Tiada lagi kenangan
Semuanya sudah ku lempar jauh jauh

Aku teringat rakan sekelasku menasihati
"Aku rasa dia tidak sesuai dengan kau"
"Apsal mesti dia?"
"Dia tu player lah"

Namun semua ku endahkan
Ku rasa indah
Ku rasa nyaman

#####################


Kini aku sedar

Aku bukannya tidak dididik sempurna
Tetapi kegagalanku dalam menangkis segala ancaman di sekitarku yang membuatkanku begini

Perasaan itu
Terbit tatkala melihat rakan se'dorm' menerima patung bear yang comel dan besar
Tatkala melihat mereka saling menukar jam tangan
melihat dia sering menerima coklat

Aku juga teringin


Ketika itu
Tidak pernah
sekali pun
terlintas di kotak fikiranku
Untuk menghalang maksiat berlaku
malah aku antara yang tertewas
Aku tidak faham
dan aku tidak pernah dengar
COUPLE ITU HARAM
COUPLE ITU MAKSIAT
Tiada kedengaran
malahan couple itu yang diuar-uarkan
Maksiat sememangnya berleluasa di bumi itu
sekolah yang baru dibangunkan
sekolah buat pelajar 4a dan 5a UPSR

AKU TAK TAHU ITU SALAH!

Namun setelah ku pindah negeri. Aku sedar
Hati aku gelap
Namun cahaya datang menerombosi celah-celah dinding hati
meminta aku kembali


Atas nasihat SAHABAT
sahabat yang menarik aku semula
Aku sedih ya Allah
Sebelum ini aku tak punya SAHABAT
mungkin aku sendiri BUKAN SAHABAT

Aku pindah, memberi sejuta harapan
aku bergaul dengan rakan yang baik
walaupun aku dimasukkan ke dalam kelas ke 5

Rakan kelas baharu ini sungguh baik


Di sini bermulalah kisah aku mula berkawan dengan GENG REMPIT
Nanti akan ku ceritakan
Di sini mulanya istilah MEMBER
Ketika itu aku sudah menjawat amanah sebagai pengawas sekolah
Rahsia mereka, semua dalam poket


POlieTIK?

Assalamualaikum
 
Fenomena BLACKOUT
 
 
POLITIK?

seram
berat
beban
fitnah
amanah
damai
 
Apabila kebenaran masih tersimpan rapi
 
Aku hanya menunggu waktu,
waktu untuk merasa
"UNDI POS"
 
Inshaa Allah
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...