Feb 2009
Pagi ini merupakan satu lagi hari yang seperti kebiasaannya aku lalui. Solat Subuh.Sarapan.Roll call. Kelas. Belajar...dan..
rutin terbaru iaitu berbalas surat bersama seorang pelajar di kelas 4.(Aku pun tidak berapa ingat samada kelas 3,4,atau 5) hihi
Ini bukan cinta, bahkan bukan cinta monyet. Mungkin cinta beruk. Kami tidak bercinta. Jauh sekali suka. Cuma yang aku pasti, aku ingin mencuba. Apakah rasanya jika mempunyai pasangan.
Ini bukan reka. Ini kisah benar.
Aku dan dia saling menetapkan masa untuk berjumpa. Namun sayang seribu kali sayang. Perjanjian untuk bertemu di bilik CHESS di hujung blok pasti ada penghalang.
Aku seorang pemalu. Dia beribu kali ganda malu daripada aku.
Mungkin.
Aku masih ingat, rakan sekelasku yang mungkin menjadi MAT DESPATCH buat cinta kami, membentak. Meluahkan isi hati yang terbuku selama ini
"Aku dah tak nak jadi orang tengah untuk benda BODOH ni! "
Rasakan.
Mendalam
Mengguris
Tetapi aku tidak ambil hati
Cuma terfikir sejenak...
####################################
Sebulan berlalu, dalam surat terakhir yang dinukilkannya menimbulkan prasangka dalam diriku. Sangkaanku, dia sudah mahu memutuskan hubungan (walaupun hakikatnya tiada langsung ikatan yang sah) , jadi aku dengan rela hati meskipun hati ini remuk, berbekalkan nasihat rakan sekelasku, meminta putus daripadanya.
Cinta Si Stalker dan Hacker terhenti
Rinduku terhenti.
####################################
Jun 2009
Aku sudah berpindah ke negeri lain, sekolah lain.
Namun tidak lama selepas itu, aku terpaksa kembali ke sekolah lama untuk mengambil dokumen penting dari pejabat.
Aku ambil kesempatan untuk bertemu rakan sekelasku juga
Dalam perjalanan ke kelas, aku terserempak dengan seorang senior.
Popular
Famous
sebab kenakalannya dalam mengetuai kumpulan "gangster" di sekolah.
Aku bukanlah seorang yang suka ambil tahu tentang senior. Namun aku pernah terlihatnya di laman sosial
Friendster (haha)
Bermulalah janji-janji cinton Laman Sosial yang sudah disalahguna
Dia meminta nombor telefon bimbitku.Namun aku enggan. Aku tidak memberikannya.
Walakin begitu, malam tersebut rakan sekelasnya yang juga jiran dorm aku, meminta izin untuk memberi nombor telefonku kepadanya.
Aku sememangnya berakal pendek. 9 nafsu
Aku membenarkan dengan niat aku juga ingin mendapat pengalaman mempunyai pasangan berlainan umur. Dia tua 2 tahun daripadaku
#####################
Sebelum itu, tujuan aku mendedahkan rahsia ini bukan untuk hiburan
Semoga Allah lindungi aku daripada kejahilan berterusan
Aku ingin kalian sedar
Perasaan seorang aku
Aku sedar menceritakan ini mungkin menimbulkan spekulasi sesetengah pihak
Tetapi inginku pertahankan juga
Aku tidak pernah ber"dating"
dan aku sudah berhenti daripada semua ini
Jadi apa tujuanku menulis
pasti akan ditanya kelak
Kerana aku ingin kalian menjauhi
Muqaddimah Musta'mal
dan menangkis perasaan ingin tahu
kepada perkara yang dihiasi syaitan
######################
5 bulan kami berhubung dan aku sememangnya sudah mendapat tahu dia seorang buaya
Apalah bezanya dengan aku
Tahun itu sahaja, dia sudah berganti pasangan sebanyak 13 kali (ataupun 17 aku x ingat)
dan aku paling lama dalam tahun itu
Juara bertahan selama 5 bulan
Aku di sini
dan dia di sana
300 km perjalanan
Dia pernah menghadiahi aku sehelai tudung hitam melalui POS
Namun tudung itu sudah hangus ketika iron
seperti mengerti kisah kami yang sudah hangus tidak ber'abu'
Tiada lagi kenangan
Semuanya sudah ku lempar jauh jauh
Aku teringat rakan sekelasku menasihati
"Aku rasa dia tidak sesuai dengan kau"
"Apsal mesti dia?"
"Dia tu player lah"
Namun semua ku endahkan
Ku rasa indah
Ku rasa nyaman
#####################
Kini aku sedar
Aku bukannya tidak dididik sempurna
Tetapi kegagalanku dalam menangkis segala ancaman di sekitarku yang membuatkanku begini
Perasaan itu
Terbit tatkala melihat rakan se'dorm' menerima patung bear yang comel dan besar
Tatkala melihat mereka saling menukar jam tangan
melihat dia sering menerima coklat
Aku juga teringin
Ketika itu
Tidak pernah
sekali pun
terlintas di kotak fikiranku
Untuk menghalang maksiat berlaku
malah aku antara yang tertewas
Aku tidak faham
dan aku tidak pernah dengar
COUPLE ITU HARAM
COUPLE ITU MAKSIAT
Tiada kedengaran
malahan couple itu yang diuar-uarkan
Maksiat sememangnya berleluasa di bumi itu
sekolah yang baru dibangunkan
sekolah buat pelajar 4a dan 5a UPSR
AKU TAK TAHU ITU SALAH!
Namun setelah ku pindah negeri. Aku sedar
Hati aku gelap
Namun cahaya datang menerombosi celah-celah dinding hati
meminta aku kembali
Atas nasihat SAHABAT
sahabat yang menarik aku semula
Aku sedih ya Allah
Sebelum ini aku tak punya SAHABAT
mungkin aku sendiri BUKAN SAHABAT
Aku pindah, memberi sejuta harapan
aku bergaul dengan rakan yang baik
walaupun aku dimasukkan ke dalam kelas ke 5
Rakan kelas baharu ini sungguh baik
Di sini bermulalah kisah aku mula berkawan dengan GENG REMPIT
Nanti akan ku ceritakan
Di sini mulanya istilah MEMBER
Ketika itu aku sudah menjawat amanah sebagai pengawas sekolah
Rahsia mereka, semua dalam poket



huhuhu..seronok bca..yg pasti ada terselit ibrahnya
ReplyDelete