Assalamualaikum
Teringat aku akan sebuah teka-teki yang diajukan oleh seorang sahabat kepada beberapa calon Badan Wakil Pelajar ketika manifesto mereka. Saudara tersebut menduga.
Aku cuma memerhati dari sebuah sudut genit. Hairan. Jika aku di posisi mereka apa yang harus aku lakukan.Siapa yang rasa dirinya ikhlas (untuk menyandang jawatan ini) sila bergerak selangkah ke hadapan, dan siapa tidak, selangkah ke belakang.
Aku lihat beberapa calon mula melangkah ke hadapan. Bersama-sama. Genius. Langkah yang selamat. Benar atau salah biar bersama-sama.
Lalu Saudara yang bertanya itu mula berbicara. Intonasinya hambar.
Padat. Padu. Lemak berkrim kata-katanya.Ikhlas ialah sesuatu yang hanya Allah sahaja yang tahu.
Sarat dengan pengajaran. Apa-apa pun moga Allah redha terhadap mereka yang telah berjaya memikul amanah & menjalankan tugas di sekolah.

Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafiq yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal.)
(HR Baihaqi)
Keterangan: Maksud dari munafiq di sini ialah orang fasiq yang riya'.
Sungguh,aku takut.
############################
Hazrat Anas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda ,
"Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik."
(HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)
Nabi S.A.W juga pernah menegaskan bahawa syirik (riak) adalah lebih halus daripada derapan semut. Lalu baginda mengajarkan doa yang bermaksud
Amin..Moga Allah redha
" Ya Allah! kami berlindung dari syirik yang kami ketahui, dan kami pohon keampunan terhadap syirik yang tidak kami ketahui "
Doakan aku jua supaya dapat perbetulkan niat dalam apa jua kondisi. Doa itu murah. Semoga Allah sayang.
No comments:
Post a Comment