Aku sedih
###############################################
Bagi aku kejayaan itu tidak membawa erti jika ianya cuma manisan peribadi. Aku malu.
Dia sahabat aku. Namun aku bagaikan tiada sumbangan kepadanya.
Allah memberi banyak ujian kepadanya, bagiku cukup besar.
Di sebuah sudut, kelihatan seorang Nisa' bertelekung. Putih. Suci
Namun di segenap penjuru hatinya, dia menangis. Aku benar-benar kaget.
"Kenapa ni weh."
Dalam sedu sedan dia menyembunyikan sejuta perasaan hibanya. Cuba senyum. Namun mata tidak mampu menipu.
Rupa-rupanya dia diuji dengan guru yang mengatakan bahawa beliau tidak akan menanda kertas jawapan yang dihantar selepas sudah selesai dikutip.
Benar. Ada benarnya.
Tetapi, hakikatnya toleransi diperlukan untuk kes ini. Kes yang aneh.
Peperiksaan ini dilaksanakan di dewan, guru-guru sudah mengutip kertas jawapan para pelajar namun yang anehnya, cuma pelajar ini sahaja yang terkecuali. Tiada siapa perasan. Termasuk dirinya.
Ini bukan kisah dongeng
Dia mula sedar setelah kembali semula ke dalam dewan dan terlihat kertas jawapan yang masih berada di atas mejanya.
Tiada siapa sedar. Tatkala ini peperiksaan hanya cubaan. Trial. Namun sangat penting bagi pelajar yang inginkan laluan pantas ke pengajian tinggi.
Berkat kesabarannya, akhirnya guru tersebut menerima kertas jawapan tersebut dan memaafkan kecuaiannya. Atas dasar kepercayaan juga.
Aku berasa sangat teruk. Aku tak mampu membela sahabatku sendiri. Ya Allah..
Ujian demi ujian menimpa
Sehinggalah suatu hari. Dia amat letih barangkali. Letih memikirkan amanat yang dipikulnya, ditambah pula jawatan yang banyak di sekolah. Letih sehinggakan hampir pitam. Aku kelu. Namun semangat untuk menimba ilmu sangat kukuh di hatinya. Namun setelah dinasihati ketua warden, aku dan beberapa rakan menemaninya ke Bilik Pesakit . Setelah itu, hanya aku dan dia di dalam bilik yang serba sunyi . Cuma kalimah suci yang mampu memadam kegusaran di hati.
Ya Allah, bantulah sahabatku.
###################################################
Baginya SPM bukanlah segalanya. Namun usahanya adalah kerana ummah. Kerana tidak mahu menghampakan kedua ibu bapanya yang banyak berkorban untuknya. Kami selalu menghabiskan masa bersama dalam keadaan yang aman damai ketika penghuni-penghuni blok sedang diulit mimpi. Aku suka bersengkang mata dengannya sehingga 4 pagi. Bagi aku ini merupakan nikmat. Nikmat makan dan minum kaffein untuk menghilangkan ngantuk. Aku suka
Nikmat berada bersama-sama di bawah pohon yang rimbun di padang sambil mengulangkaji ketika pelajar lain sibuk belajar di kelas persediaan (PREP). Untungnya aku, diberi kesempatan bersama jiwa yang bersih.
Bagi aku dia seorang yang bijak. Aku suka dia. Bijak dalam pelbagai sudut. Bukan hanya dalam akademik semata.
Namun, kadangkala hatinya terngadah pada keputusan yang diterimanya. Dia benar-benar merasakan bukan anak yang baik. Tidak dapat mengotakan aksara kata terhadap bapanya.
Aku kasihan. Aku yakin, ujian ini yang mampu menguatkan otot hatinya bagi menghadapi serangan tomoi nafsu. Aku yakin, Allah menyimpan permata yang lebih berharga untuknya.
Semoga Allah redha akan persahabatan kita. Aku sentiasa bersamamu. Jumpa di syurga.
Inshaa Allah
Sayang Allah. Ukhwah fillah abadan abada ya sahabat.

No comments:
Post a Comment