Assalamualaikum
Esok pagi, ada program dengan rakan se-batch di Tasik Perdana, inshaa Allah. hee
(erm?)
#################################
#Tukar mood skema jap#
1.2.3
Kipas siling berbunyi. Suasana di rumah (hostel) kami sunyi.
Sepi.
Namun
di segenap penjuru, kedengaran bisikan suara sedang menghubungi
seseorang. Lagaknya seperti sungguh istimewa orang di hujung talian.
###################################
Aku
sudah lali dengan semua perkara yang berlaku di sekeliling ini.
Semestinya. Aku seperti sedang menyaksikan watak-watakku sedang
bernari-nari di pentas wayang. Namun watak-watak ini lebih ekstrim.
##################################
Dia
terlihat khalifah itu bersama-sama seseorang mungkin yang dicintainya
lebih daripada mencintai tuhannya sendiri. *Ah,aku terasa seketika*
Gembira. Intim. Bergenggaman tangan . Sangat indah apabila sendi dan tulang-belulang disatukan.
Haram? Kisah apa..
Sanggup berbuat apa sahaja demi yang dicintainya.
cinta bisa menjulung fungsi adrenaline ke taraf yang tinggi.
Adakah sanggup juga berbuat apa sahaja asal tuhan yang dicintai itu redha. Allah....
Sentap. Aku banyak khilaf.
Aku cintakan semua orang disekelilingku. Lihatlah kelangit.
(tengok sekarang, kat luar tingkap tu..)
Hayati masa depanmu. Akhirat. Akhirat weh.
Akhirat masih ada.
Kita sedang berdiri di platform yang sementara. Hentikan. Segera hentikan perkara yang mungkar wahai cintaku sekalian.
Tegur. Sila tegur aku. jika aku silap
(Bisik) Tegur dengan berhemah. Kerna aku manusia. Seperti engkau. Punya fitrah yang sama.
Moga Allah Redha
HambaNya
Babe,
Friday, 16 August 2013
Sunday, 12 May 2013
Detik yang PASTI
Assalamualaikum
Masalah di dunia yang sering menimpa kita tidaklah sehebat di akhirat kelak.
Aku tahu hidup di dunia ini sementara tapi entahlah. Mungkin sebab kurang penghayatan. Benar.
Seingat aku, kali terakhir didedahkan dengan perjalanan hidup di sana adalah ketika di dalam kelas 2 As-Salam, ketika aku berumur 8 tahun. Itu pun sebab ada dalam silibus (banyak dah lupa). Saranku, baca dan hayati perkara ini agar perasaan berhati-hati sentiasa wujud. Paksa diri, sebab aku pemalas juga kadangkala tetapi yang ini betul-betul menyedarkan. Inshaa Allah
*Jazakallahukhairan http://tabiitabien.blogspot.com/ atas ilmu yang bermanfaat
###########################################
PERJALANAN KEHIDUPAN SELEPAS KIAMAT
Dunia ini hanyalah jambatan menuju ke negeri yang kekal abadi iaitu Alam Akhirat oleh yang demikian adalah baik jika mengenang perjalanan kita sebagai manusia ini yang masih belum tamat. Selepas terjadinya kiamat maka beberapa siri kejadian akan berlaku... Wallahualam.
Selepas malaikat Israfil A.S. meniup sangkakala (dikatakan sangkakala itu berbentuk tanduk besar) yang amat memekakkan telinga, mana-mana makhluk di alam semesta ini akan mati kecuali Malaikat Izrail A.S. dan beberapa malaikat yang lain, sehinggalah Malaikat Izrail mencabut nyawa malaikat yang lain termasuklah nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Allah S.W.T. pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil A.S. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam A.S. yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah S.W.T.
- Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah S.W.T dan berpisah kerana Allah S.W.T.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah S.W.T”. - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai). - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah S.W.T. lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah S.W.T.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam A.S. tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam A.S. menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam A.S.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.AW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di akhirat tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab. - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Petikan dari Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
"Sesungguhnya yang mengada-adakan
kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat
Allah dan merekalah pembohong-pembohong .”
(An-Nahl ayat 105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”
(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Saturday, 11 May 2013
Aku kasihkan dia.
Assalamulaikum
Aku sedih
Bagi aku kejayaan itu tidak membawa erti jika ianya cuma manisan peribadi. Aku malu.
Dia sahabat aku. Namun aku bagaikan tiada sumbangan kepadanya.
Allah memberi banyak ujian kepadanya, bagiku cukup besar.
Di sebuah sudut, kelihatan seorang Nisa' bertelekung. Putih. Suci
Namun di segenap penjuru hatinya, dia menangis. Aku benar-benar kaget.
"Kenapa ni weh."
Dalam sedu sedan dia menyembunyikan sejuta perasaan hibanya. Cuba senyum. Namun mata tidak mampu menipu.
Rupa-rupanya dia diuji dengan guru yang mengatakan bahawa beliau tidak akan menanda kertas jawapan yang dihantar selepas sudah selesai dikutip.
Benar. Ada benarnya.
Tetapi, hakikatnya toleransi diperlukan untuk kes ini. Kes yang aneh.
Peperiksaan ini dilaksanakan di dewan, guru-guru sudah mengutip kertas jawapan para pelajar namun yang anehnya, cuma pelajar ini sahaja yang terkecuali. Tiada siapa perasan. Termasuk dirinya.
Ini bukan kisah dongeng
Dia mula sedar setelah kembali semula ke dalam dewan dan terlihat kertas jawapan yang masih berada di atas mejanya.
Tiada siapa sedar. Tatkala ini peperiksaan hanya cubaan. Trial. Namun sangat penting bagi pelajar yang inginkan laluan pantas ke pengajian tinggi.
Berkat kesabarannya, akhirnya guru tersebut menerima kertas jawapan tersebut dan memaafkan kecuaiannya. Atas dasar kepercayaan juga.
Aku berasa sangat teruk. Aku tak mampu membela sahabatku sendiri. Ya Allah..
Ujian demi ujian menimpa
Sehinggalah suatu hari. Dia amat letih barangkali. Letih memikirkan amanat yang dipikulnya, ditambah pula jawatan yang banyak di sekolah. Letih sehinggakan hampir pitam. Aku kelu. Namun semangat untuk menimba ilmu sangat kukuh di hatinya. Namun setelah dinasihati ketua warden, aku dan beberapa rakan menemaninya ke Bilik Pesakit . Setelah itu, hanya aku dan dia di dalam bilik yang serba sunyi . Cuma kalimah suci yang mampu memadam kegusaran di hati.
Ya Allah, bantulah sahabatku.
Nikmat berada bersama-sama di bawah pohon yang rimbun di padang sambil mengulangkaji ketika pelajar lain sibuk belajar di kelas persediaan (PREP). Untungnya aku, diberi kesempatan bersama jiwa yang bersih.
Aku sedih
###############################################
Bagi aku kejayaan itu tidak membawa erti jika ianya cuma manisan peribadi. Aku malu.
Dia sahabat aku. Namun aku bagaikan tiada sumbangan kepadanya.
Allah memberi banyak ujian kepadanya, bagiku cukup besar.
Di sebuah sudut, kelihatan seorang Nisa' bertelekung. Putih. Suci
Namun di segenap penjuru hatinya, dia menangis. Aku benar-benar kaget.
"Kenapa ni weh."
Dalam sedu sedan dia menyembunyikan sejuta perasaan hibanya. Cuba senyum. Namun mata tidak mampu menipu.
Rupa-rupanya dia diuji dengan guru yang mengatakan bahawa beliau tidak akan menanda kertas jawapan yang dihantar selepas sudah selesai dikutip.
Benar. Ada benarnya.
Tetapi, hakikatnya toleransi diperlukan untuk kes ini. Kes yang aneh.
Peperiksaan ini dilaksanakan di dewan, guru-guru sudah mengutip kertas jawapan para pelajar namun yang anehnya, cuma pelajar ini sahaja yang terkecuali. Tiada siapa perasan. Termasuk dirinya.
Ini bukan kisah dongeng
Dia mula sedar setelah kembali semula ke dalam dewan dan terlihat kertas jawapan yang masih berada di atas mejanya.
Tiada siapa sedar. Tatkala ini peperiksaan hanya cubaan. Trial. Namun sangat penting bagi pelajar yang inginkan laluan pantas ke pengajian tinggi.
Berkat kesabarannya, akhirnya guru tersebut menerima kertas jawapan tersebut dan memaafkan kecuaiannya. Atas dasar kepercayaan juga.
Aku berasa sangat teruk. Aku tak mampu membela sahabatku sendiri. Ya Allah..
Ujian demi ujian menimpa
Sehinggalah suatu hari. Dia amat letih barangkali. Letih memikirkan amanat yang dipikulnya, ditambah pula jawatan yang banyak di sekolah. Letih sehinggakan hampir pitam. Aku kelu. Namun semangat untuk menimba ilmu sangat kukuh di hatinya. Namun setelah dinasihati ketua warden, aku dan beberapa rakan menemaninya ke Bilik Pesakit . Setelah itu, hanya aku dan dia di dalam bilik yang serba sunyi . Cuma kalimah suci yang mampu memadam kegusaran di hati.
Ya Allah, bantulah sahabatku.
###################################################
Baginya SPM bukanlah segalanya. Namun usahanya adalah kerana ummah. Kerana tidak mahu menghampakan kedua ibu bapanya yang banyak berkorban untuknya. Kami selalu menghabiskan masa bersama dalam keadaan yang aman damai ketika penghuni-penghuni blok sedang diulit mimpi. Aku suka bersengkang mata dengannya sehingga 4 pagi. Bagi aku ini merupakan nikmat. Nikmat makan dan minum kaffein untuk menghilangkan ngantuk. Aku suka
Nikmat berada bersama-sama di bawah pohon yang rimbun di padang sambil mengulangkaji ketika pelajar lain sibuk belajar di kelas persediaan (PREP). Untungnya aku, diberi kesempatan bersama jiwa yang bersih.
Bagi aku dia seorang yang bijak. Aku suka dia. Bijak dalam pelbagai sudut. Bukan hanya dalam akademik semata.
Namun, kadangkala hatinya terngadah pada keputusan yang diterimanya. Dia benar-benar merasakan bukan anak yang baik. Tidak dapat mengotakan aksara kata terhadap bapanya.
Aku kasihan. Aku yakin, ujian ini yang mampu menguatkan otot hatinya bagi menghadapi serangan tomoi nafsu. Aku yakin, Allah menyimpan permata yang lebih berharga untuknya.
Semoga Allah redha akan persahabatan kita. Aku sentiasa bersamamu. Jumpa di syurga.
Inshaa Allah
Sayang Allah. Ukhwah fillah abadan abada ya sahabat.
Intention vs Attention
Assalamualaikum
Teringat aku akan sebuah teka-teki yang diajukan oleh seorang sahabat kepada beberapa calon Badan Wakil Pelajar ketika manifesto mereka. Saudara tersebut menduga.
Aku cuma memerhati dari sebuah sudut genit. Hairan. Jika aku di posisi mereka apa yang harus aku lakukan.Siapa yang rasa dirinya ikhlas (untuk menyandang jawatan ini) sila bergerak selangkah ke hadapan, dan siapa tidak, selangkah ke belakang.
Aku lihat beberapa calon mula melangkah ke hadapan. Bersama-sama. Genius. Langkah yang selamat. Benar atau salah biar bersama-sama.
Lalu Saudara yang bertanya itu mula berbicara. Intonasinya hambar.
Padat. Padu. Lemak berkrim kata-katanya.Ikhlas ialah sesuatu yang hanya Allah sahaja yang tahu.
Sarat dengan pengajaran. Apa-apa pun moga Allah redha terhadap mereka yang telah berjaya memikul amanah & menjalankan tugas di sekolah.

Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafiq yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal.)
(HR Baihaqi)
Keterangan: Maksud dari munafiq di sini ialah orang fasiq yang riya'.
Sungguh,aku takut.
############################
Hazrat Anas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda ,
"Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik."
(HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)
Nabi S.A.W juga pernah menegaskan bahawa syirik (riak) adalah lebih halus daripada derapan semut. Lalu baginda mengajarkan doa yang bermaksud
Amin..Moga Allah redha
" Ya Allah! kami berlindung dari syirik yang kami ketahui, dan kami pohon keampunan terhadap syirik yang tidak kami ketahui "
Doakan aku jua supaya dapat perbetulkan niat dalam apa jua kondisi. Doa itu murah. Semoga Allah sayang.
Peristiwa Julai #Ibrah
Assalamualaikum
Sebelum itu izinkan saya untuk membahasakan diri sebagai 'aku'
Alhamdulillah, kini sudah pulih.
Semoga Allah merahmati keluargaku, sahabat, guru serta paling tidak dilupakan doktor-doktor yang telah merawatku selama setahun setengah tanpa jemu.
Sebelum itu izinkan saya untuk membahasakan diri sebagai 'aku'
#########################################
#2010
Kejadian
Julai lalu persis ancaman dan teguran buatku. Aku bernasib baik kerana
tercampak di dalam lingkaran sosial yang begitu membina.
Aku
seorang gadis yang menduduki Peperiksaan penting pada September 2010.
Aku dibesarkan di Johor selama 1 dekad 4 tahun dan kemudiannya berpindah
ke sini, negeri Darul Ehsan.
Pada
usia 13 tahun, aku sering menjadi sebutan para guru atas dasar
penilaian terhadap akademik. Mereka tidak tahu. Dalamanku sebenarnya
luluh. Hancur. Asas paksi tidak mampu mengawal aku untuk menangkis
kekangan yang kerap menduga.
Akhirnya aku tewas.
Jarak sejauh 60 km dengan orang tua merupakan kebebasan yang abadi buatku. Ketika itu.
Rakan-rakan
sekelas bersaing untuk bertakhta dalam sanubari jantina berlainan.
Lama-kelamaan aku terpengaruh. Dan mempengaruhi. Pada mulanya aku
berjaya , berjaya dan terus berjaya. Berjaya mengisi atma jejaka yang
sama kelas denganku namun pada tahun berikutnya berbeza kelas, kemudian seorang senior yang berpengaruh di sekolah
serta beberapa lagi tetapi yang bukan secara rasmi.
Walaupun
pada hakikatnya Aku dan dia, serta dia tidak berkesempatan untuk
ber'dating', aku masih terjebak. Hanyut dalam kancah SMS dan laman
sosial.
Namun
sehinggalah aku ditegur oleh Allah melalui sahabat yang tidaklah begitu
rapat tetapi sehingga kini aku masih mengingatinya, aku terhantuk
seketika.
Jendela hatiku diketuk.
Tidak cukup sekadar itu, Aku ditegur lagi melalui ujian yang cukup memberi ibrah terhadapku.
Itulah Peristiwa Julai 2010
Diriku
masih terasa bahang api yang menjilati tubuhku. Cuma aku bersyukur
kerana hanya sebelah tanganku yang 'hangus' pada ketika itu.
Walaupun
parut jelas kelihatan, dan cukup sebagai amaran terhadapku, hati ini
berasa sangat bersyukur kerana masih ada rasa sayangNya terhadapku
Dia Maha Penyayang
Aku tahu Allah menegurku. Aku tidak mahu ulangi lagi. Derita jiwa tatkala masyarakat memandang aneh ke arah tanganku.
Namun, aku tidak peduli. Aku lebih pedulikan api di neraka kelak.
Jika tidak di dunia, akhirat sudah pasti.
Semoga Allah merahmati keluargaku, sahabat, guru serta paling tidak dilupakan doktor-doktor yang telah merawatku selama setahun setengah tanpa jemu.
Sahabat, doakan aku dalam melayari bahtera yang sarat dengan tampalan ini.
Doa itu murah. Percuma. Moga Allah sayang kalian.
Hamba Illahi
Friday, 10 May 2013
Warkah harapan
Assalamualaikum
#######################################
#2012
Setelah selesai berurusan di bilik warden, aku terus menuju ke kereta yang diparkir ayah, di hadapan surau yang indah bercat hijau daun. Kami sudah bersedia untuk ke destinasi ketika kami terdengar pintu kereta diketuk beberapa kali.
Kulihat lelaki itu. Wajahnya masih tersisa air wuduk yang baru diambil . Ayah segera membuka jendela.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam, ya?" ayahku menjawab
"Tu ha, pintu sebelah sana tak tutup rapat" (sambil tersenyum)
Adikku merapatkan pintu tersebut
"Oh,terima kasih banyak bang, Assalamualaikum!" ujar ayahku kepada lelaki tersebut. Senyuman tidak lekang daripada bibir lelaki tersebut.
#######################################
Sebenarnya aku kenal lelaki itu Sangat mengenali.
Lelaki itu, membuat aku sedar. Seorang yang tegas, lantang dalam bersuara..
Lelaki itu, seorang yang sangat bersederhana.
Beliau pernah tersalah ambil gambarku walhal gambar tersebut patut berwarnakan wajah suci anaknya.
Hm.Anaknya. Seorang yang kukagumi. dan pernah aku minati.
Kali terakhir aku terserempak dengan lelaki itu ialah pada hari anugerah SPM baru-baru ini. Lokasi yang sama. Cuma latitud yang berbeza. Di hadapan Surau hijau tersebut.
Aku keliru. Dia tersenyum tatkala aku memandangnya. Aku juga senyum, dalam hati.
Itulah saat indah terakhir.
Aku akan ingat. Sehingga aku berjumpa lagi .
Menunggu dan terus menunggu. Namun tidak mengharap.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"
Surah An Nur : 26
Aku belum cukup baik.
Tuesday, 7 May 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)






